USIA bukan penghalang! Itulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan kisah wanita berusia 64 tahun ini yang masih aktif bersenam di gim. Lesley Maxwell, dari Melbourne, Australia gemar menghabiskan masa di gim bersama cucunya, Tia, yang berusia 19 tahun. Malah katanya, dia juga sering memakai pakaian cucunya kerana saiz mereka yang hampir sama. "Kenapa jadi tua dan sakit? Kita boleh berada di puncak dunia. "Saya tak suka pakai pakaian yang menggambarkan usia sebenar saya. "Ada orang yang meningkat usia, dan mereka kelihatan tua," ujar wanita itu lagi. Lesley yang juga seorang influencer sering berkongsi paparan kehidupan sihatnya menerusi Instagram. Dia kini memiliki 36,300 pengikut di laman sosial itu. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!