suria

Bekas model dibuang kerja dari hospital gara-gara terlalu cantik

Claudia Ardelean dilantik dalam lembaga di sebuah hospital di Romania. foto Newsflash

SEORANG bekas model diarahkan untuk berhenti kerja di sebuah hospital gara-gara dirinya terlalu cantik, menurut satu dakwaan.

Claudia Ardelean, 27, yang mempunyai ijazah kedua dalam bidang undang-undang dan etika, diminta bekerja tanpa bayaran dalam lembaga di sebuah hospital di Romania.

Dia yang gembira dengan pelantikan jawatan tersebut berkongsi mengenainya di media sosial pada 8 Februari.

Bekas model dan ratu cantik memuat naik selfie di hadapan sebuah bangunan dan bersyukur di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Menurut laporan media asing, dia bagaimanapun menerima kritikan daripada troll dan berhadapan dengan dakwaan bahawa dia hanya menerima pekerjaan itu kerana wajahnya.

Akhbar Click mengatakan bahawa dia terpaksa meletakkan jawatan kerana terlalu cantik.

Claudia, yang kini bekerja sebagai peguam di sebuah firma tempatan, tidak mengulas mengenai perletakan jawatan daripada lembaga tersebut. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain