SATU pasangan di United Kingdom dilaporkan terdesak untuk mencari penderma sperma selepas terkesan dengan pandemik Covid-19.
Memetik laporan Daily Mail, pasangan tersebut membuat perkongsian di Facebook untuk mencari penderma sperma.
Tindakan mereka tersebut disebabkan oleh kehabisan stok di klinik kesuburan dan rawatan kesuburan in-vitro ditangguhkan.
Terdapat dakwaan bahawa permintaan sperma sangat tinggi menyebabkan penderma mengenakan caj sehingga £200 (RM1,120) untuk sampel sperma.
Tindakan tersebut menyalahi undang-undang.
Antara lain penderma meminta untuk menderma sperma mereka secara semula jadi, iaitu melalui hubungan intim. - Daily Star
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!