SEORANG wanita yang sedang berjalan-jalan di dalam hutan terkejut melihat beberapa patung yang dipaku pada pokok. Menurut wanita berusia 64 tahun itu, dia yang juga pengamal teater sudah terbiasa berjalan-jalan di hutan yang terletak di Cannock Chase, Staffordshire itu. Namun katanya, dia sama sekali tidak menyangka kehadirannya ke lokasi itu pada 28 Januari lalu akan disambut dengan patung-patung yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Malah, dia turut membuat rakaman yang mana ia kelihatan persis filem seram. Sesetengah patung itu juga mempunyai mimik muka yang menakutkan. "Patung-patung itu seolah-olah sengaja disusun, ia diikat dan dipaku pada pokok. "Ia tidaklah menakutkan apabila saya berdiri antara patung-patung itu," ujarnya. Difahamkan, lokasi penemuan patung itu juga berdekatan dengan sebuah hospital perang lama. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!