suria

Serang orang nak rompak telefon bimbit tetapi tercicir handphone sendiri

Faqeerz dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun setelah didapati bersalah melakukan rompakan. Foto: KentPolice

SEORANG perompak yang menyerang mangsanya dan menikam lelaki berkenaan untuk mencuri telefon bimbitnya secara 'tidak sengaja' meninggalkan 'bukti' di tempat kejadian.

Habibullah Faqeerz, 29, menyerang mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 40an dalam satu kejadian di Kent, pada Jun tahun lalu.

Ketika bergelut, telefon bimbitnya tercicir dan dia tidak menyedarinya ketika melarikan diri selepas mencederakan mangsa.

Polis yang melakukan rondaan terdengar jeritan meminta tolong dan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui mangsa yang tercedera akibat tikaman kecil di bawah lengan.

Pegawai polis kemudian menemui telefon bimbit milik Faqeerz di tempat kejadian.

Mangsa memberitahu pegawai polis berkenaan bahawa dia pernah bertemu dengan Faqeerz pada hari sebelumnya untuk berbincang mengenai tawaran kerja.

Namun ketika pertemuan kedua, Faqeerz membawa mangsa ke belakang sebuah bangunan berhampiran, sebelum tiba-tiba menyerangnya.

Di Mahkamah Woolwich Crown, Jumaat lalu, Faqeerz dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun setelah didapati bersalah melakukan rompakan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan