SEORANG lelaki memberi ganjaran sebanyak £1,500 (RM8,540) kepada isterinya untuk membunuh seekor zirafah tua dan mengeluarkan jantungnya sempena Hari Valentine. Merelize Van Der Merwe, 32, memuat naik sekeping gambar dirinya yang sedang memegang jantung haiwan berkenaan. "Pernah terfikir seberapa besar jantung zirafah? Saya benar-benar terawang-awang dengan hadiah Valentine saya!" tulisnya pada perkongsian tersebut. Perkongsian itu menimbulkan kemarahan aktivis tetapi wanita tersebut mendakwa pemburuan yang berterusan membantu melestarikan hidupan liar di Afrika Selatan, mencipta peluang pekerjaan dan menyumbang kepada industri pelancongan. Dia turut menggelarkan kumpulan hak haiwan sebagai 'mafia'. Van Der Merwe, yang mengusahakan ladang sitrus di utara Afrika Selatan mendakwa kematian zirafah yang berusia 17 tahun itu akan memberi peluang kepada seekor zirafah jantan baru untuk 'mengambil alih dan memberikan genetik kuat baharu bagi komuniti itu'. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!