GARA-GARA merantai antara satu sama lain seolah-olah 'kembar siam', pasangan kekasih ini menerima akibatnya apabila salah seorang daripada mereka terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Viktoria Pustovitova, 28, dan Alexander Kudlay, 33, memulakan 'ekseperimen' pada Hari Kekasih dan bercadang mahu kekal dalam keadaan berantai selama tiga bulan. Bagaimanapun Viktoria mengalami kesakitan yang teruk pada pergelangan tangannya yang dirantai bersama tangan teman lelakinya. "Kami sapukan minyak ubat namun ia tak memberi sebarang kesan. Ia mimpi ngeri," kata Alexander. Pasangan dari Kharkiv, Ukraine itu akhirnya mendapatkan rawatan di hospital. Pakar kulit, Tatyana Egorova, turut memberi 'amaran' kepada pasangan berkenaan agar melupakan eksperiman pelik mereka. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!