TIDAK berperikemanusiaan! Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan tindakan seorang lelaki yang sanggup membunuh tunang sendiri dengan mencekik wanita berkenaan sehingga mati. Madog Rowlands, 23, dituduh membunuh Lauren Griffiths, 21, di Cathays, Cardiff pada April 2019. Bukan itu sahaja, Rowlands malah tanpa rasa bersalah membuat pesanan makanan dari restoran Subway dan Dominos ke flat mereka, dan menikmatinya di sisi jasad wanita tersebut. Mahkamah Cardiff Crown juga diberitahu lelaki tersebut juga kemudian mengambil ganja dan ekstasi. Dia juga cuba membuka akaun Netflix di telefonnya dan mengeluarkan wang tunai dari akaun bank Lauren. Pasangan itu sepatutnya berkahwin pada Mei 2019. Pendakwaraya mengatakan Rowlands membiarkan jasad tunangnya lebih dari sehari sebelum menghubungi 999, menggunakan skrip ketika bercakap dengan operator, dan juga membuat carian di Google mengenai 'bagaimana menunjukkan penyesalan'. Lelaki itu memberitahu polis bahawa dia membunuh tunangnya 'secara tidak sengaja', dengan mendakwa hanya mempertahankan diri ketika diterkam wanita itu yang mengalami masalah mental.Mahkamah menolak dakwaan lelaki terbabit. Dia akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!