suria

Remaja 14 tahun didakwa bunuh kakak OKU sehari selepas jadi viral di TikTok

Polis menemui kakaknya (kanan) yang berusia 19 tahun, seorang penghidap cerebral palsy di dalam sebuah bilik tidur kediaman itu.

SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun didakwa membunuh kakaknya yang juga orang kelainan upaya (OKU) sehari selepas posting TikTok miliknya menjadi tular.

Claire Miller dari Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS), turut menghubungi talian kecemasan selepas melakukan perbuatan itu.

Ujar polis, remaja itu sedang mencuci kesan darah pada tangannya sewaktu pihak berkuasa tiba ke lokasi kejadian.

Malah, dia juga turut mengaku telah menikam kakaknya.

Polis turut menemui kakaknya yang berusia 19 tahun, seorang penghidap cerebral palsy di dalam sebuah bilik tidur kediaman itu.

Claire yang kini ditahan polis untuk siasatan menjadi tular di TikTok sehari sebelum kejadian itu.

Video perkongsiannya meraih 5 juta tontonan di aplikasi itu.

Bagaimanapun, akaun TikTok remaja itu juga sudah digantung. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain