GARA-gara ditolak untuk keluar bersama selepas date ketiga, seorang lelaki meminta bayaran balik yang telah dibelanjakannya untuk seorang wanita. Begitulah yang berlaku pada Alex Colboth, dari Milwaukee, Wisconsin di Amerika Syarikat (AS), apabila lelaki itu memintanya supaya membayar separuh daripada kos ketiga-tiga date mereka. Dia berkongsi tangkapan skrin mesej mengenai permintaan itu di laman Twitter. Menerusi mesej tersebut, lelaki berkenaan meminta bayaran separuh daripada kesemua date memandangkan kedua-dua mereka tidak akan bertemu lagi. "Saya percaya ia adalah tiga kali kita keluar ke bar/ restoran di mana saya telah membayarnya untuk kita berdua untuk setiap daripadanya. "Saya katakan AS$35 (RM142) adalah harga makanan dan minuman kamu yang saya bayar pada tarikh tersebut. "Saya harap kamu akan mempertimbangkan untuk membayar saya. Terima kasih!" katanya. Alex bagaimanapun tidak bersimpati dengan permintaan itu, sebaliknya berasa lucu. Malah, dia menjelaskan di Twitter bahawa dia telah menawarkan diri untuk membayar pada setiap date tersebut. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!