SEORANG lelaki meninggal dunia gara-gara terkena pisau yang diikat pada kaki ayam jantannya yang digunakan untuk tujuan bersabung. Dalam kejadian di Telangana, selatan India itu, lelaki berkenaan dikatakan cuba menangkap ayam jantannya yang melarikan diri sebelum pisau yang diikat pada bahagian kaki haiwan itu tertusuk di pangkal pahanya. Lelaki tersebut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital kerana kehilangan banyak darah dek tusukan pisau sepanjang 7 sentimeter (cm) itu. Polis kini memburu 15 individu lain yang dikatakan terlibat dalam pertandingan sabung ayam haram tersebut. Mereka yang terlibat dalam pertandingan tersebut berdepan dengan tuduhan pembunuhan, pertaruhan haram dan mengadakan sabung ayam, lapor agensi berita AFP. Pegawai polis, B Jeevan berkata ayam jantan itu akan dibawa ke mahkamah sebagai bukti perbicaraan kelak. - BBC.Com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!