KAKAK tiri Meghan Markle, Samantha mendakwa adiknya meminta cerai daripada Putera Harry. Samantha Markle dikenali berterusan melakukan 'serangan' terhadap adik tirinya. Nampaknya dia tidak hasrat untuk menghentikan rancangan buat masa ini. ARTIKEL BERKAITAN: Banyak persoalan belum dijawab... Meghan bongkar hasrat bunuh diri, dakwa keluarga diraja rasis, ada pihak buat dirinya menangis ARTIKEL BERKAITAN: Istana Buckingham khuatir Harry, Meghan dedah nama individu buat kenyataan rasis tentang warna kulit Archie Dia tidak lagi mempunyai hubungan dengan Duchess of Sussex dan bahkan mereka tidak pernah bertemu sejak bintang drama Suitsitu jatuh cinta pada Harry. Ia kini bukan hubungan kakak-adik yang baik sejak bertahun-tahun. Bagaimanapun, ia tidak menghentikan Samantha untuk terus mengganggu kehidupan Meghan sejak wawancara kontroversi Meghan dan Harry bersama Oprah. Menerusi laporan TMZ, banyak dakwaan yang ditimbulkannya mengenai Meghan. "Saya melihat ua berakhir dengan perceraian kecuali jika mereka mendapatkan nasihat kaunseling dan boleh setuju untuk berlaku dengan jujur, untuk memohon maaf kepada semua orang yang mereka telah jejaskan selama dua tahun," katanya. "Tidak ada yang benar-benar jujur dan kerosakan yang berlaku pada keluarga diraja (Britain) sangat besar, terutama sekarang. "Mungkin dia (Harry) telah mempersoalkannya. Dia bukan lagi berumur 12 tahun. Dia pernah berada dalam tentera, dia mempunyai perasaan," ujarnya. Samanth turut mempersoalan adakah lelaki gembira atau selesa diperlakukan sedemikian. "Saya percaya dia mungkin tidak bersetuju dan ia boleh menjadi buruk, melainkan dia mempunyai peguam yang baik, mereka mempunyai kaunselor yang bagus. Saya tak tahu apa yang akan diambil," katanya. Menerusi wawancara bersama Oprah seminggu lalu, Meghan memberitahu bahawa dia tidak berjumpa dengan kakak tirinya hampir dua dekad. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!