SEORANG gadis yang mendakwa hamil akibat dirogol kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun kini popular di Instagram. Darya Sudnishnikova yang bersalin anak pertama ketika berusia 13 tahun kemudiannya mengubah cerita, mendakwa dirogol remaja lelaki lain yang berusia 15 tahun selepas penipuannya dibongkar. Bagaimanapun, kekecohan itu turut memberi kelebihan sehingga dia meraih hampir sejuta pengikut. Kini, dia juga mampu menjana pendapatan dengan melakukan perniagaan menggunakan media sosial. Dakwa gadis itu, dia juga dilayan teruk oleh guru sekolah selepas insiden itu. "Kini saya ada duit. Saya boleh beli apa sahaja untuk diri sendiri dan anak saya," ujarnya. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!