suria

Model jelita tayang perut kempis 11 hari selepas bersalin

Emily melahirkan bayi sulungnya, Sylvester Apollo Bear pada 8 Mac lalu.

BAGI sesetengah wanita, mereka mengalami perubahan fizikal sewaktu hamil dan melalui proses bersalin.

Terbaharu, model jelita Emily Ratajkowski tampil berkongsi keadaan dirinya selepas 11 hari melahirkan bayi.

Foto Emily, 29, yang memaparkan perutnya yang kempis ternyata mencuri perhatian ramai.

Dalam foto yang dikongsi di media sosial, Emily memakai pakaian biru yang dibiarkan terbuka di bahagian depan, sekaligus memaparkan keadaan perut dan sebahagian payudaranya.

Emily melahirkan bayi sulungnya, Sylvester Apollo Bear pada 8 Mac lalu.

Bayi itu merupakan hasil perkongsian hidup Emily dengan penerbit filem Sebastian Bear-McClard. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain