SEORANG pencuri memecah masuk ke sebuah kedai dan selamba membuang air besar di bilik stor. Malangnya, kedai itu dipecah masuk sekali lagi dalam tempoh kurang 48 jam. Sebuah kedai di Bearwood Road, Bearwood di United Kingdom, bersepah pada Selasa selepas barang-barang dan laci digeledah. Menurut laporan Birmingham Live, pencuri mengambil gula-gula, coklat dan pelbagai barang sumbangan, sebelum bertindak membuang air besar di sebuah tab di bilik stor. Kurang 24 jam kemudian, kedai tersebut sekali lagi dipecah masuk. Polis West Midlands sedang menyiasat dua insiden pecah masuk, dan menggesa saksi untuk tampil ke hadapan. Seorang jurucakap berkata: "Malangnya kedai Age UK di Bearwood dipecah masuk sebanyak dua kali pada 16 dan 17 Mac. "Syukur, tiada yang cedera. Bagaimanapun, barang-barang simpanan dicuri dan terdapat kerosakan di kedai. "Kita telah membuat laporan berhubung kedua-dua insiden dan polis sedang menyiasatnya." katanya. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!