SEORANG suri rumah dari Chandigarh, India menderita sejenis penyakit yang sangat jarang berlaku, yang dikenali sebagai 'haemolacria' atau air mata darah. Namun apa yang lebih aneh, wanita berusia 25 tahun ini mengeluarkan air mata darah ketika dalam fasa datang bulan, sekaligus situasi tersebut membingungkan doktor. Suri rumah itu didiagnos menghidap haemolacria selepas dia mendapatkan rawatan untuk masalah tersebut di sebuah pusat perubatan. Dr Soumitra Ghosh, yang mendokumentasikan kes wanita tersebut dalam kajian baharu berkata: "Haemolacria bermaksud air mata berdarah. Pesakit akan mempunyai darah yang keluar dari satu atau kedua mata. "Pendarahan kitaran di luar rahim semasa kitaran haid juga berlaku pada organ luar yang lain seperti hidung, mata, telinga, usus, paru-paru, puting dan kulit. "Haemolacria yang disebabkan situasi ini sangat jarang terjadi. Setakat ini hanya ada beberapa kes yang dilaporkan dalam sejarah perubatan," katanya. Punca sebenar keadaan tersebut tidak dapat dipastikan, tetapi doktor berpendapat pesakit yang mengeluarkan air mata darah ketika datang bulan adalah perkara yang perlu dititikberatkan. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!