TRAGIS! Seorang ibu muda yang sarat hamil lapan bulan ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati apabila perutnya dibelah dan bayinya turut hilang. Pamella Ferreira Andrade Martins, 21, ditemui mati di rumahnya di kejiranan Nova Holanda di Macae, Brazil pada petang 17 Mac. Pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu bilik mandi kerana mangsa dikurung di dalamnya. Susulan kejadian tersebut, polis menahan seorang wanita berusia 22 tahun yang tidak didedahkan identitinya. Suspek ketika itu membawa bayi yang sudah tidak bernyawa ke sebuah hospital. Menurut laporan, wanita itu memberitahu staf hospital bahawa dia telah melahirkan bayi lelaki itu bersendirian dan terjatuh ketika menuruni tangga bersama bayi tersebut. Namun hasil siasatan mendapati wanita itu tidak mempunyai tanda-tanda baru melahirkan bayi dan dipercayai bayi malang itu bukan miliknya. Dilaporkan juga sebilah pisau dijumpai di dalam beg tangannya. Menurut polis, suspek telah berpura-pura hamil dan kelibatnya kelihatan di tempat kerja mangsa sehari sebelum kejadian.- Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!