suria

Wanita miliki wajah iras Meghan Markle dakwa jadi mangsa penghinaan netizen

Dia sebelum ini bekerja sebagai pengajuk (impersonator) Meghan.

NAMA Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle hangat disebut baru-baru ini susulan temubual kontroversi berhubung keluarga diraja Britain.

Turut menerima tempias, seorang wanita berusia 38 tahun yang memiliki wajah iras Meghan.

Menurut Sarah Mhlanga, dia dijadikan seperti 'punchbag' dalam isu itu.

Dia kini sedang merancang untuk berhenti kerja selepas menjadi mangsa penghinaan netizen di media sosial.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata dari England itu, dia turut risau sekiranya sukar untuk mendapat kerja baharu selepas ini.

Wanita itu sebelum ini bekerja sebagai pengajuk (impersonator) Meghan.

Namun, kerjaya itu mulai perlahan sejak pandemik Covid-19 melanda tahun lalu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain