suria

Pelakon filem lucah jadi bomoh, ritual minum air katak punca kematian jurugambar

Vidal atau nama sebenarnya Ignacio Jorda Gonzalez ditahan pada tahun lalu.

SEORANG pelakon filem lucah yang menjadi bomoh didakwa atas kematian seorang jurugambar pada tahun 2019.

Nacho Vidal, 47, dituduh membunuh Jose Luis dengan memberi mangsa minum bisa daripada tubuh seekor katak menerusi satu upacara ritual untuk mengubati ketagihan dadah.

Menurut laporan media Sepanyol, bisa daripada spesis katak yang jarang ditemui itu digunakan oleh suspek sebagai bahan dalam proses perubatan.

Vidal atau nama sebenarnya Ignacio Jorda Gonzalez ditahan pada tahun lalu.

Sebelum ini, dia sudah tampil sekurang-kurangnya menerusi 10,000 babak dalam filem lucah.

Malah, dia turut memiliki sebuah kedai alat permainan seks.

Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga empat tahun. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain