suria

Ramai pelik wanita pakai ‘cadar’ selamba jalan-jalan di bandar, ada yang teka selimut

Seorang wanita berpakaian hitam menjadi perhatian. foto TikTok /@_meeery24

RAKAMAN menunjukkan seorang wanita memakai pakaian yang mendedahkan menimbulkan kekeliruan pengguna aplikasi TikTok kerana menyarungkan 'cadar' atau 'selimut'.

Menerusi klip yang dimuat naik oleh @_meery24, seorang wanita muda dilihat berjalan menaiki tangga dari stesen kerera api bawah tanah di Madrid, Sepanyol.

Dia kelihatan memegang kain berwarna gelap dan kasut tumit tinggi, di mana pergerakannya agak pelik.

Mujur, tiada seorang pun pengguna tren yang tidka menyedari sesuatu yang tidak kena dan hanya berselisih tanpa menoleh kepada wanita itu.

Namun, pengguna TikTok yang menyaksikan video yang dimuat naik pada 11 Mac benar-benar keliru sehingga menimbulkan tanda tanya apakah yang dipakai wanita berkenaan.

Sejak dikongsikan, video tersebut meraih lebih tiga juta tontonan.

"Adakah itu cadar ?" soal seorang netizen.

"Ia bukan gaun, tapi selimut," seorang lagi membuat tekaan.

Menerusi video yang tular, pakaian tersebut jelas kelihatan pelik dan wanita itu menyarungkannya untuk berjalan sekitar bandar. - Daily Star



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain