SEORANG lelaki diangkat sebagai wira selepas sanggup meredah lumpur tebal, demi menyelamatkan seekor angsa yang terperangkap di sebuah tasik. Video yang dirakamkan oleh orang awam itu menunjukkan lelaki tersebut menanggalkan seluarnya dan mengambil batang panjang sebagai alat membantunya berjalan untuk menyelamatkan haiwan malang itu. Angsa tersebut dilihat cuba untuk melepaskan diri dengan mengepakkan sayap, tetapi kakinya tersekat pada lumpur. Lelaki itu kemudian berhati-hati mengangkat angsa tersebut dan membawanya naik ke darat. Tindakan lelaki berkenaan mendapat sorakan dan tepukan daripada orang awam. Dia kemudian diberikan botor air bagi membolehkannya membersihkan diri daripada kesan lumpur selepas menyelamatkan angsa di tasik. Kejadian tersebut berlaku pada Khamis di Cannon Hill Park, Birmingham di United Kingdom. Tasik tersebut kering-kontang untuk tujuan pembersihan buat pertama kali dalam tempoh 35 tahun. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!