suria

Bapa Meghan sanggup datang ke rumah Oprah, serah surat tawar diri untuk ditemu bual

Putera Harry (kiri) dan Meghan (tengah) bersama Oprah Winfrey dalam satu temu bual. foto PA

BAPA Meghan Markle, Thomas Markle menyerahkan sendiri sepucuk surat kepada pengacara, Oprah Winfrey supaya memanggilnya untuk ditemu bual.

Lelaki berusia 76 tahun itu dilaporkan memandu ke kediaman pengacara itu di Montecito, California di Amerika Syarikat, dan menyerahkan surat tersebut kepada pengawal keselamatan.

Menurut laporan The Sun, dia menawarkan diri untuk berkongsi cerita bagi pihaknya, sebulan selepas anak perempuannya ditemu bual oleh Oprah.

Menurut sumber: "Thomas menyampaikan sepucuk surat kepada Oprah yang memintanya untuk menghubunginya agar dia dapat memberitahu pihaknya tentang kisah itu.



Bapa Meghan, Thomas Markle. foto My Story/Channel 5

"Ini bukan surat untuk Meghan dan Harry, tapi ia ditujukan kepada Oprah.

"Thomas menyaksikan temu bual yang dilakukannya dengan mereka dan merasa dia berhak untuk berkata sesuatu bagi pihaknya," kata sumber.

Thomas tidak diundang ke majlis perkahwinan Meghan dan dipercayai dia tidak bercakap dengannya selama tiga tahun.

Semasa temu bual bersama Oprah, Meghan menceritakan betapa sakitnya hatinya apabila mengetahui bapanya itu bekerjasama dengan pemberita. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain