suria

Polis berpangkat sarjan digantung tugas, dakwaan kes rogol tahun 2016 akhirnya dibawa ke mahkamah

Dakwaan serangan seksual dan rogol itu berlaku pada tahun 2016.

SEORANG anggota polis berpangkat sarjan dihadapkan ke mahkamah di Bradford, England akibat tuduhan serangan seksual dan rogol.

Sarjan Ben Lister, 35, hadir di Mahkamah Majistret Bradford, Selasa pagi.

Dia bagaimanapun diberikan jaminan dan akan dibicarakan sekali lagi pada 21 April ini.

Anggota polis itu juga kini digantung tugas sehingga perbicaraan selesai.

Untuk rekod, dakwaan serangan seksual dan rogol itu berlaku pada tahun 2016. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain