suria

Wanita digelar ‘burger Big Mac’ kerana obesiti, kini miliki tubuh langsing

Dia yang sudah berusia 38 tahun turut menubuhkan satu organisasi dan menjadi perunding untuk membantu individu berbadan besar.

ISU body shaming sememangnya sudah lama menjadi barah dalam masyarakat.

Begitu juga yang dilalui wanita ini apabila rakan sekolah menggelarkannya sebagai ‘burger Big Mac’ kerana memiliki berat badan melampau.

Zoe Mole yang terkesan dengan kata-kata hinaan itu nekad untuk menguruskan badannya.

Itu kisah lalu, kini, dia yang sudah berusia 38 tahun turut menubuhkan satu organisasi dan menjadi perunding untuk membantu individu berbadan besar.

"Masa sekolah, saya tiada kawan dan makan tengah hari dalam tandas sekolah agar tidak dilihat sesiapa," imbasnya.

Dia bagaimanapun mula mengubah diri pada Januari 2002 sehinggalah berjaya membuat transformasi fizikal yang mengagumkan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain