suria

Rosakkan komputer, kanak-kanak 5 tahun digari polis selepas cuba lari dari sekolah

Rakaman daripada kamera badan anggota polis menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun ditahan dan kemudian digari selepas cuba lari dari sekolah. Foto: MCPD

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditahan dan digari oleh polis serta diugut akan dipukul selepas dia cuba melarikan diri dari sekolahnya.

Rakaman insiden tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Polis Daerah Montgomery (MCPD) pada Sabtu.

Ia menunjukkan dua anggota polis sedang mengugut kanak-kanak berkenaan di dalam sebuah bilik di sekolahnya, dengan kanak-kanak tersebut menangis teresak-esak.

Kanak-kanak itu didakwa cuba melarikan diri dari sekolah setelah merosakkan sebuah komputer.

Video tersebut dirakam pada Januari 2020, dan baharu dikeluarkan Sabtu lalu.

Susulan insiden yang dianggap keterlaluan itu, masyarakat setempat menggesa supaya anggota polis yang terlibat dipecat.

Bagaimanapun jurucakap jabatan polis mengesahkan kedua-dua anggota polis itu dibenarkan untuk terus bertugas selepas setelah siasatan dalaman dilakukan.

Ibu kanak-kanak itu telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak termasuk Jabatan Polis Daerah Montgomery dan pihak sekolah. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain