suria

Wanita lahirkan bayi pada usia 57 tahun, sempat pergi gim sebelum bersalin!

Barbara sempat meluangkan masa di gimnasium sebelum melahirkan bayi lelakinya, Jack. Foto: Barbara Higgins

SEORANG wanita menjadi salah seorang individu tertua di dunia yang menjadi ibu apabila menimang cahaya mata pada usia 57 tahun.

Barbara Higgins selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Jack, pada 20 Mac lalu.

Bayi milik pasangan Barbara dan suaminya, Kenny Banzhoff dihasilkan menerusi rawatan IVF.

Barbara dari New Hampshire, Amerika Syarikat, terlalu berkeinginan menimang bayi selepas kehilangan anak perempuannya, Molly, lima tahun yang lalu.

"Saya mula mempunyai impian di mana saya ingin menimang anak, dan saya berfikir ia sedikit gila," katanya.

Pasangan ini yang mempunyai seorang lagi anak bernama Gracie, berkata dengan menimang cahaya mata, ia sedikit sebanyak membantu mereka mengatasi kesedihan.

Apa yang menakjubkan, Barbara sempat meluangkan masa di gimnasium sebelum melahirkan bayi lelakinya.

Menurut Guinness World Records, Maria del Carmen Bousada Lara memegang rekod sebagai wanita tertua yang melahirkan bayi.

Wanita Sepanyol itu berusia 66 tahun ketika melahirkan anak kembar pada tahun 2006. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ibu 57 tahun, gim, IVF, Barbara Higgins

Artikel Lain