SEORANG gadis berusia 19 tahun menjadi mangsa pembunuhan kejam di Almaty, Kazakhstan. Mayat Ayazhan Edilova yang juga seorang jurusolek dipotong kepada beberapa bahagian dengan kepalanya dipenggal dan dididihkan dalam periuk. Sementara itu beberapa bahagian tubuhnya ditemui di kawasan pembuangan sampah di sebuah flat yang didiami suspek. Turut ditemui di dalam flat berkenaan adalah bahagian tubuh mangsa kedua, di mana ia menjurus kepada kemungkinan suspek merupakan seorang pembunuh bersiri. Polis mengesyaki Ayazhan mungkin telah diperkosa sebelum dia dibunuh. Rakaman CCTV dari tempat kejadian menunjukkan Ayazhan memasuki lif dengan suspek secara sukarela. Susulan kes jenayah kejam berkenaan, polis menahan seorang suspek lelaki berusia 28 tahun dengan nama pertama Ruslan, yang merupakan seorang pelatih ahli farmasi. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!