KETIKA pandemik Covid-19 masih belum berakhir, ada segelintir individu dilihat tidak peka dengan situasi semasa yang sedang melanda. Di Florida, Amerika Syarikat, seorang pemilik bar menganjurkan parti bogel pada 1 April lalu. Menurut laporan polis, pengunjung dibenarkan menyentuh bahagian badan penari yang berada dalam keadaan bogel. Kejadian dibongkar menerusi rakaman oleh ejen yang membuat penyamaran ke lokasi itu. Untuk rekod, ia bukanlah kali pertama pemilik bar itu mencabar pihak berkuasa ketika 'lockdown' masih dilaksanakan. Dia sebelum ini mengakui dirinya anti-pelitup muka dan tidak membenarkan penjarakan sosial dalam premis miliknya. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!