SEORANG ahli perniagaan mengambil pendekatan berbeza ke atas lelaki yang menceroboh restoran miliknya. Carl Wallace memaafkan perompak itu dan dia tidak membuat laporan polis. Sebaliknya, dia menawarkan pekerjaan buat perompak itu. Menurut Wallace yang juga pemilik restoran di Augusta, Georgia, dia menyedari kejadian rompakan itu pada waktu malam dan turut membuat pemeriksaan kamera keselamatan yang dipasang. "Tiada polis, tiada soalan. Saya hanya ajak dia duduk dan cuba baiki kerosakan yang dilakukannya. "Saya menyedari bahawa dia bukan perompak yang bagus, mesti ada kerjaya lain yang lebih sesuai untuknya," ujar Wallace. Dia kemudiannya berkongsi nombor telefon dan meminta perompak berkenaan untuk kembali memohon kerja dengannya. Dia turut berkongsi kisah itu menerusi Facebook sehingga menerima pujian ramai. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!