suria

Tangan tersepit mesin ATM, bomba datang selamatkan

Seorang lelaki diselamatkan oleh pasukan bomba. foto Devon Live

SEORANG lelaki melalui detik cemas apabila tangannya tersepit pada mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Dalam insiden pada 1 April lalu, pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian menyelamatkan lelaki tersebut.

Menerusi foto yang diambil di Exeter High Street di United Kingdom, pada Khamis lalu menunjukkan pasukan anggota kecemasan berada di sekitar ATM.

Seorang lelaki memakai topi dalam dilihat berdiri di hadapan ATM tersebut, tetapi tangannya tersepit dalam slot mesin ketika menggunakannya.

Menurut laporan DevonLive, insiden berlaku di Bank Halifax cawangan Exeter.

Susulan kejadian pada pukul 5 petang waktu tempatan itu, sekumpulan anggota bomba bergegas untuk menyelamatkan lelaki berkenaan.

Bercakap kepada DevonLive, jurucakap Jabatan Bomba Devon and Somerset berkata: "Dia kemudian boleh beredar dengan sendiri, maka ia adalah panggilan palsu."

Tiada sebab yang diberikan mengapa tangan lelaki itu boleh tersepit pada mesin ATM, atau sama ada ia dikaitkan dengan gurauan atau prank sempena Hari April Fool. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain