TIDAK masuk akal. Mungkin itulah ungkapan sesuai untuk menggambarkan apa yang dilalui oleh lelaki warga emas berusia 61 tahun ini. Dakwa John Cooper, dia dihalang menerima suntikan vaksin Covid-19 secara pandu lalu. Alasannya hanya kerana datang dengan menaiki motosikal. Menerusi kejadian di Carmarthen, Wales, pada bulan lalu, dia diarah pulang semula dan datang menggunakan teksi jika mahu menerima suntikan. Kecewa dengan layanan itu, dia akhirnya membuat tempahan untuk melakukan saringan di tempat lain. - Mirror. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!