PUTERA Harry tiba ke United Kingdom (UK) untuk menghadiri majlis pemakaman mendiang datuknya, Putera Philip. Harry pulang ke negara itu buat pertama kali selepas dia dan isteri, Meghan Markle berpindah ke California. Dia bagaimanapun pulang bersendirian pada Ahad tanpa ditemani isterinya yang kini sarat hamil anak kedua. Putera Philip yang juga suami kepada Ratu Elizabeth II meninggal dunia pada Jumaat lalu. Majlis pemakaman dijangka berlangsung di St George's Chapel di Istana Windsor pada 17 April ini. - Evening Standard. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!