HARI yang sepatutnya berlangsung dengan meriah dan bahagia bertukar menjadi duka buat wanita ini. Menurut pengantin dikenali sebagai Paula, dia berang apabila ibu mentuanya memakai baju putih ketika majlis perkahwinannya. Paula turut berkongsi rasa tak puas hatinya menerusi aplikasi video TikTok. "Dia cuba ambil tempat saya," tulis Paula. Katanya, tindakan ibu mentuanya yang memakai baju putih dianggap biadab dan tidak menghormati dirinya sebagai pengantin. Di TikTok, segelintir netizen turut meninggalkan komen seolah-olah menyokong Paula. Malah, ada yang mengecam suaminya kerana berdiam diri mengenai hal itu. - Mirror. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!