suria

Putera Harry bergegas pulang ke AS demi Meghan, terlepas hari ulang tahun Ratu Elizabeth II

Putera Harry terpaksa bergegas pulang ke Amerika Syarikat selepas pengebumian mendiang datuknya Putera Philip. foto Andy Johnstone/DailyMail.com/Getty

PUTERA Harry bergegas pulang ke California, Amerika Syarikat (AS) untuk bersama dengan Meghan Markle yang kini hamil selepas pengebumian mendiang datuknya, Putera Philip.

Duke of Sussex berusia 36 tahun itu difahamkan menaiki penerbangan ke Los Angeles menerusi pesawat American Airlines dari Lapangan Terbang Heathrow di London

Kereta yang dinaikinya dikesan meninggalkan terminal khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles dan tiba di rumah agam Montecito pada kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan.

Kepulangan Putera Harry itu bermakna beliau terlepas sambutan ulang tahun Ratu Elizabeth II ke-95.

Ratu Elizabeth masih berkabung selepas pemergian suami yang dikahwininya selama 73 tahun.

Baginda menghabiskan hari ulang tahunnya di Istana Windsor bersama sejumlah kecil kakitangan.

Sementara itu, Putera Harry dilaporkan terpaksa bergegas pulang kerana jadualnya yang padat.

Malah beliau juga tidak menghabiskan banyak masa bersama bapanya, Putera Charles. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain