DUA beradik tidak menyangka merupakan pasangan kembar sehingga ulang tahun mereka ke-36. Pasangan kembar seiras Molly Sinert dan Emily Bushnell terpisah sejak lahir di Korea Selatan, dan dijadikan sebagai anak angkat oleh dua keluarga. Kedua-dua mereka dibesarkan tanpa menyedari sebenarnya adalah pasangan kembar, selain mempunyai sedikit maklumat tentang asal usul mereka. Bagaimanapun selepas 36 tahun, mereka dapat untuk bertemu antara satu sama lain selepas melakukan ujian DNA, dan berjumpa buat pertama kali. Molly dan Emily masing-masing dijadikan sebagai anak angkat oleh dua keluarga di Amerika Syarikat ketika usia mereka baru beberapa bulan. Pertemuan yang menyentuh emosi. foto YouTube Molly dibesarkan di Florida, manakala keluarga Emily dari Pennsylvania. Pasangan kembar itu disatukan semula apabila anak perempuan Emily berusia 11 tahun, Isabel mahu mengetahui lebih lanjut mengenai keluarga ibunya. Pada masa sama, Molly juga memutuskan untuk melakukan ujian DNA bagi mengetahui sejarah keluarganya. Selepas pertemuan itu, mereka menyedari mempunyai minat yang sama dengan membela kucing, memakai pakaian yang sama dan gaya rambut yang serupa. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!