suria

Asyik ‘bergayut’ dengan kawan, ibu tak sedar bayinya mati lemas dalam bilik mandi

Siasatan mendapati dia membuat panggilan telefon selama 17 minit ketika bayi itu ditinggalkan sendirian.

SEORANG wanita dijatuhkan hukuman penjara gara-gara cuai sehingga menyebabkan kematian anaknya yang berusia empat bulan.

Simone Perry, 27, meninggalkan bayinya di dalam tab dalam bilik mandi sebelum berborak dengan rakannya menggunakan telefon.

Dia kemudiannya menyedari bayinya itu lemas dan sudah meninggal dunia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ketika awal siasatan, dia menafikan hal itu dan tidak mengaku berborak dengan rakannya ketika kejadian berlaku.

Hasil siasatan bagaimanapun mendapati dia membuat panggilan telefon selama 17 minit ketika bayi itu ditinggalkan sendirian.

Kejadian itu berlaku ada 26 Mac lalu.

Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman penjara selama 22 ke atas wanita itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain