NETIZEN digemparkan dengan satu video yang menunjukkan sebuah troli beli-belah bergerak sendiri di kawasan parkir yang kosong.
Klip video yang dikongsi di laman sosial Reddit di ruangan forum 'Ghosts' (Hantu), disertakan dengan keterangan: "Tak fikir ia disebabkan angin."
Dalam klip itu, sebuah troli berada di sebelah tiang dan ia secara tiba-tiba beralih ke belakang, sebelum bergerak ke kawasan lain parkir itu.
Perkongsian video tersebut mencetuskan perdebatan hangat mengenai sama ada ia merupakan kejadian paranormal.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
Dalam pada itu, seorang netizen memberikan komen secara bergurau: "Harap, mendapat beberapa tawaran yang bagus."
"Nampak troli beli-belah dah jadi benda hidup," seorang lagi menyindir.
Sementara itu, seorang netizen menyedari kelajuan pada playback video dipertingkatkan yang menyebabkan troli itu kelihatan bergerak lebih laju. - Daily Star
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!