GARA-GARA berulang kali melanggar peraturan ketika Covid-19, seorang lelaki dihukum penjara selama 14 minggu. Peter Shields, 64, pulang ke Isle of Man dari United Kingdom (UK) pada 7 April lalu dan dia sepatutnya menjalani kuarantin. Bagaimanapun, dia tanpa rasa bersalah melanggar tempoh kuarantin dengan keluar ke kedai untuk membeli surat khabar dan makanan. "Orang yang mementingkan diri seperti anda memang layak dihukum. "Anda berisiko menyebarkan virus Covid-19 ketika kita dalam proses untuk pulih daripada semua sekatan," kata hakim, Jayne Hughes. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Semua penduduk di bandar berkenaan yang pulang dari lokasi luar diwajibkan menjalani kuarantin kendiri di rumah berasingan daripada ahli keluarga yang lain, kecuali sekiranya mereka turut bersama-sama melakukan perjalanan tersebut. Tempoh kuarantin perlu berlangsung selama 21 hari, atau 14 hari jika seseorang menjalani ujian calitan setiap beberapa hari. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!