suria

Pemandu ditahan, bukan sahaja guna telefon bimbit malah sempat buat secawan teh ketika sedang memandu!

Seorang pengguna jalan raya ditahan kerana sedang membuat secawan teh ketika memandu.

LAZIMNYA kita mendengar pengguna jalan raya ditahan kerana kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika sedang memandu.

Namun seorang pemandu kereta di England ini bukan sahaja ditahan kerana kesalahan berkenaan, malah sedang menyiapkan secawan teh ketika sedang memandu!

Pada mulanya anggota polis trafik mengesan pemandu berkenaan yang ketika itu melalui lebuh raya M62 sedang menggunakan telefon bimbit.

Selepas memintas dan menahan kereta berkenaan, anggota polis bertugas terkejut apabila melihat ke dalam kenderaan pemandu tersebut.

Kelihatan sebiji cerek berada di kerusi penumpang malah mereka melihat tumpahan susu di lantai kereta.

Insiden itu turut dikongsikan di laman Twitter milik North West Motorway Police.

"Anggota polis trafik memberhentikan sebuah kenderaan di M62 kerana pemandunya menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ketika anggota itu memberhentikan kereta, dia melihat pemandu berkenaan juga sedang membuat secawan teh!" demikian menurut ciapan yang dimuat naik.

Ia juga menyatakan laporan kesalahan lalu lintas turut dikeluarkan terhadap pemandu berkenaan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain