suria

Pesakit Covid-19 ulang kaji di wad demi peperiksaan CA

Seorang pesakit Covid-19 (kiri) sedang mengulang kaji bagi menghadapi peperiksaan CA, dari katilnya di wad. foto Twitter/Vijay IAS

PARA pelajar di India terus membuat persiapan meskipun tekanan dan kebimbangan yang dialami mereka ketika negara itu menghadapi gelombang kedua Covid-19.

Buktinya, tular sekeping gambar menunjukkan seorang pesakit Covid-19 yang membuat persiapan menghadapi peperiksaan Akauntan Berkanun (CA) dari katil hospital di Odisha.

Foto tersebut dikongsi di Twitter oleh seorang pegawai IAS, Vijay Kulange.

Dia mengagumi pemuda itu tekun mengulang kaji dengan buku-bukunya, ketika melawat ke wad Covid-19 baru-baru ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kulange memuji pesakit itu menerusi perkongsian gambar pemuda berkenaan di laman Twitter.

"Kejayaan bukan kebetulan. Anda memerlukan dedikasi. Saya berkunjunh ke hospital Covid-19 dan mendapati lelaki ini sedang belajar bagi menghadapi peperiksaan CA.

"Dedikasi anda membuat anda melupakan kesakitan anda," tulis pegawai IAS itu.

Foto tersebut meraih perhatian ramai di media sosial sejak ia dikongsi pada Rabu.

Posting itu dikongsi lebih 4,900 kali dan menerima lebih 33,000 tanda suka. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan