SEORANG wanita digemparkan dengan kehilangan teman lelakinya, sehingga dia menfailkan laporan orang hilang. Sebaliknya, dia kemudian dimaklumkan bahawa kekasihnya itu sebenarnya tidak wujud. Pengguna akaun TikTok, Kathrine Verb berkata, dia menjalinkan hubungan bersama seorang lelaki dua tahun. Malah, dia melihat terdapat masa depannya bersama lelaki berkenaan, termasuk berkahwin dan mempunyai anak sehinggalah pandemik Covid-19 tahun lalu. "Malangnya dia beritahu saya yang dia mungkin dijangkiti. Dia beritahu mahu ke hospital kerana tidak sihat. "Keajaiban berlaku dan keadaan kesihatannya bertambah baik," katanya. Namun, Kathrine tidak mendengar khabar berita daripada pasangannya sejak kejadian itu, dan bimbang perkara buruk berlaku. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Selepas mendapati kekasihnya tidak dimasukkan di mana-mana hospital tempatan, Kathrine memutuskan untuk memberitahu polis mengenai kehilangan teman lelakinya. "Saya hubungi polis dan memfailkan laporan orang hilang. Anda tahu apa yang mereka beritahu saya? "Mereka kata teman lelaki saya tidka wujud," katanya. "Jadi, teman lelaki saya bukan saja menipu saya dengan memalsukan kematiannya, malah dia juga berbohong kepada saya selama dua tahun mengenai identiti sebenarnya." Sementara itu, ramai netizen mempersoalkan sama ada wanita itu telah bertemu dengan keluarga atau rakan-rakan kekasihnya untuk bertanyakan tentang kehilangan itu, Khathrine menerusi video lain memberitahu bahawa dia pernah menemui lelaki itu di hotel kerana hubungan jarak jauh. - Mirror Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!