suria

2 bayi tertukar sejak lahir temui kebenaran selepas 38 tahun

Gulsina berkongsi pengalamannya. foto Newsflash

DUA wanita yang bertukar secara tidak sengaja semasa dilahirkan akhirnya menemui kebenaran mengenai diri mereka selepas 38 tahun.

Famili Gulsina Baimurzina dan Alyona Baulina telah lama mengesyaki bahawa sesuatu mungkin tidak betul apabila kedua-dua mereka kelihatan terlalu berbeza berbanding ahli keluarga lain.

Warna rambut Gulsina perang dan mempunyai kulit cerah bertentangan dengan warna gelap keluarganya.

Begitu juga dengan Alyona memiliki rambut hitam, yang begitu terserlah berbanding ahli keluarganya yang berambut perang.

Bercakap kepada 74.ru, kakak Gulsina, Grunas berkata: "Gulsina cerah sejak lahir, dan saya gelap.

"Kami lihat tidak seperti kami, tapi ia tidaklah begitu penting," katanya.



Alyona dibesarkan oleh keluarga berambut perang. foto newsflash

Akhirnya setelah beberapa dekad, ujian DNA menunjukkan kedua-dua wanita tersebut secara tidak sengaja telah diberikan kepada ibu bapa yang berlainan ketika mereka masih bayi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kedua-dua wanita itu dilahirkan di Hospital Kizil, di Kizilskoye di Rusia, pada 1983.

Tidak dipastikan bagaimana tanda pengenalan yang diletakkan pada mereka semasa lahir menjadi tertanggal dan kakitangan meletakkannya semula pada bayi yang salah.

Bagaimanapun, tidak ada kakitangan yang bekerja di wad bersalin ketika itu yang masih hidup untuk menjawab sebarang persoalan itu, dan punca kejadian kekal misteri.

Namun, kedua-dua mereka menuntut ganti rugi atas kejadian yang berlaku, dan media tempatan melaporkan bahawa mereka yang terlibat dalam kes sama menerima pampasan sehingga kira-kira £15,000 (RM84,900). - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain