suria

Lelaki viral gara-gara sembur racun serangga dalam mulut akhirnya meninggal dunia

I Wayan Merta atau Ki Galang Pamungkas meninggal dunia kerana serangan jantung. Foto: URL

SEORANG lelaki yang pernah tular di media sosial kerana tindakan beraninya menyembur racun serangga ke dalam mulut, dilaporkan telah meninggal dunia.

Keluarga I Wayan Merta, yang juga dikenali sebagai Ki Galang Pamungkas, bagaimanapun mengesahkan kematian pakar spiritual dari Bali, Indonesia itu tidak berkaitan dengan aksi berbahaya yang pernah dilakukannya.

Sebelum ini tular video memperlihatkan lelaki berkenaan selamba menyembur racun serangga ke dalam mulutnya, sambil bersila dan tidak memakai baju.

Rata-rata netizen terkejut dengan berita kematiannya pada Ahad lalu, dan membuat tanggapan bahawa ia adalah kesan daripada bahan kimia beracun.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun begitu tanggapan berkenaan disangkal adiknya, Saputra dan menjelaskan bahawa kematian abangnya adalah kerana serangan jantung berdasarkan rekod perubatan yang dikeluarkan doktor.

Saputra menambah bahawa video tular abangnya itu dirakam lebih dua tahun lalu. - Dailystar

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain