suria

Sembilan kanak-kanak antara 20 rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara tentera Israel

20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara tentera Israel, malam tadi. Foto: AFP

KEMENTERIAN Kesihatan Gaza mengesahkan 20 rakyat Palestin terbunuh selepas Israel melakukan serangan balas udara, malam tadi.

Serangan dilancarkan susulan bedilan roket dan peluru berpandu yang dilepaskan kumpulan pejuang Palestin.

Kementerian juga mengatakan, sembilan kanak-kanak adalah antara yang terkorban dalam serangan udara Israel terhadap penempatan Hamas di utara Semenanjung Gaza.

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengaku bertanggungjawab ke atas roket yang dilancarkan ke selatan Israel, dengan mengatakan bahawa mereka membalas 'kejahatan dan pencerobohan' Israel.

Abu Obeida, jurucakap sayap tentera Hamas, berkata: "Ini adalah mesej yang harus difahami oleh musuh dengan baik".

Serangan biadab rejim Zionis terhadap umat Islam di Masjid Al-Aqsa sejak beberapa hari lalu ternyata mencetuskan kemarahan ramai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mereka menyembur gas pemedih mata, melontar bom tangan dan peluru getah sementara rakyat Palestin pula hanya bersenjatakan batu dalam pertempuran di masjid ketiga paling suci bagi umat Islam.

Obeida mengancam akan lebih banyak serangan dilancarkan jika Israel kembali menyerang kawasan suci Al-Aqsa atau melakukan pengusiran yang dirancang terhadap keluarga Palestin dari kawasan kejiranan itu. - Metro.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain