GEMPAR berpuluh-puluh mayat dikesan terapung di Sungai Ganges di India, susulan lonjakan kes Covid-19 di negara itu. Saksi memberitahu lebih 100 mayat dibuang di sungai yang besar itu di negeri Bahir, manakala berpuluh lagi terapung di Sungai Yamuna di Uttar Pradesh. Menerusi satu rakaman dari sungai, menunjukkan keadaan separuh mayat yang dibakar, dilihat dihanyutkan oleh air dan lain-lain dibalut dengan kain kafan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Bercakap kepada NDTV, seorang pegawai tempatan berkata: "Kesemua mayat terapung berada di sungai sekurang-kurangnya lima hingga tujuh hari. "Kita membuang mayat-mayat ini." Tambah mereka: "Mayat-mayat bukan dari sini kerana kita tidak mempunyai tradisi membuang mayat di sungai." Keadaan yang mengejutkan itu susulan India kini berdepan dengan jumlah jangkitan Covid-19 yang tinggi. Pada Isnin, kerajaan India mengumumkan 366,161 jangkitan baharu dengan 3,754 kematian dicatatkan. - Mirror Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!