suria

Pelancong berdepan detik mencemaskan, terkandas atas jambatan kaca setinggi 330 kaki ketika angin kuat

Kelihatan pelancong berkenaan (dalam bulatan) berpaut pada penghadang jambatan.

SEORANG pelancong melalui detik menakutkan apabila terkandas di atas jambatan kaca di Gunung Piyan, Longjing, China ketika angin kuat berlaku secara tiba-tiba.

Angin kuat bersama hujan batu itu turut merosakkan dan menerbangkan kepingan kaca jambatan tersebut yang berketinggian 330 kaki.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, kelihatan pelancong berkenaan menyelamatkan diri dengan berpaut pada penghadang jambatan.

Pelancong itu bagaimanapun berjaya diselamatkan setelah dia merangkak ke tebing jambatan dengan bantuan anggota bomba dan pasukan keselamatan lain.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Gambar pelancong tersebut yang sedang berdepan detik cemas itu, tular di media sosial sekaligus menimbulkan kebimbangan para pelancong. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain