suria

Terapi aneh! Wanita minum, sapu air kencing pada kulit setiap pagi

Grace Jones mendakwa amalan tersebut memberinya manfaat dari segi kesihatan. Foto: Mercury Press

SEORANG wanita mendedahkan dia mengamalkan 'terapi' aneh iaitu menggunakan air kencingnya untuk tujuan 'kesihatan'.

Grace Jones, 32, akan 'menadah' air kencingnya setiap hari di dalam sebuah jag.

Bukan sahaja menyapu ke kulit, malah wanita tersebut akan meneguknya satu cawan setiap pagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Wanita dari San Diego, California, Amerika Syarikat itu mendakwa, terapi tersebut amat bermanfaat untuknya dan dia mengamalkannya sejak dua minggu lalu.

Dia mendapat petua tersebut daripada media sosial dan memutuskan untuk mencubanya di samping mengamalkan diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dan mengelakkan alkohol.

"Saya tidak lagi mengambil ubat tekanan darah, ia telah membantu masalah kulit, rambut saya kelihatan lebih sihat dan saya telah kehilangan 30 paun.

"Saya tidak lagi mengalami kemurungan dan kegelisahan. Pada awalnya saya ragu-ragu (mengamalkannya) dan saya memerlukan sedikit masa untuk mengatasi stigma itu," katanya.

Bagaimanapun, kebanyakan doktor tidak mengesyorkan amalan ini dan tiada bukti perubatan yang diiktiraf secara rasmi mengenai manfaat air kencing. - Metro.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain