suria

“Dia tak pernah sakiti hati sesiapa” – Rakan-rakan sebak di pusara, remaja Palestin paling ceria di kampung ditembak mati tentera Israel

Rakan-rakan mendoakan Islam Burnat di pusara. foto MEE/Shatha Hammad

SEKUMPULAN anak-anak muda di kampung Bil'in di Ramallah, Palestin, terkejut dengan pemergian seorang rakan mereka yang maut akibat serangan Israel.

Mangsa berusia 16 tahun, Islam Wael Burnat ditembak mati oleh tentera Israel pada Selasa, ketika protes terhadap serangan Israel di Gaza.

"Bolehkah korek semula kubur dan tengok Islam (mangsa)," kata seorang kanak-kanak dalam kalangan rakan-rakan yang bersedih di pusara Burnat.

Kanak-kanak itu kemudian berbisik mengatakan kemungkinan berlaku kesilapan kerana Burnat masih bertarung nyawa dan belum meninggal dunia.

"Adakah dia benar-benar dalam kubur sekarang?" seorang lagi rakan bertanya.

Tanda-tanya itu menunjukkan anak-anak kecil ini tidak dapat menerima berita kematian sahabat mereka, Burnat yang dibunuh oleh tentera Israel.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut mereka, Burnat merupakan salah seorang anak muda yang paling ceria di kampung itu.

Seorang rakan Burnat, Abdullah Zaid, 14, yang menemaninya dalam protes itu berkata, dia mendengar bunyi tembakan peluru dan ramai merebahkan diri.

"Bila kami semua bangun kembali, Islam tak bangun. Ada darah di kepalanya," kata Zaid.

Burnat kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik.

"Islam seorang yang sangat ceria. Dia sentiasa buat kami ketawa dan senang hati.

"Dia sering mengharapkan yang terbaik buat orang lain. Dia tak pernah sakitkan hati sesiapa," kata Zaid. - Middle East Eye

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain