suria

2 beranak terselamat, sepatutnya naik kereta kabel terhempas ragut 14 nyawa

Lokasi kejadian nahas kereta kabel yang meragut 14 nyawa. foto AP

SEORANG bapa dan anak lelakinya nyaris maut dari terlibat dalam nahas kereta kabel terhempas di Itali yang mengorbankan 14 orang.

Dua beranak itu terselamat hanya disebabkan mereka tidak dapat menaiki kereta kabel tersebut yang sudah dipenuhi penumpang.

Dario Prezioso dan anaknya berusia enam tahun sepatutnya menaiki kereta kabel itu yang meragut 14 nyawa.

Kemalangan ngeri itu menyaksikan kenderaan itu terhempas dari ketinggian 65 kaki ke tanah di kaki pergunungan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kereta kabel itu terhempas ketika membawa penumpang antara Stresa, di Tasik Maggiore, dan gunung Mottarone di pergunungan Alpen di Itali.

Dalam nahas itu, hanya seorang mangsa terselamat iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun.

Keadaan kanak-kanak itu parah dan menjalani pembedahan di hospital.

Insiden dipercayai berlaku apabila tali yang menyokong kereta kabel berkenaan terputus. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain