suria

Gara-gara bertengkar dengan ibu bapa, remaja gali gua bawah tanah buat kediaman sendiri

'Kediaman' Andres mempunyai ruang tamu dan bilik tidur selain dilengkapi WiFi.

SEORANG remaja di Sepanyol menggali gua bawah tanah untuk dijadikan 'kediaman' sendiri gara-gara bertengkar dengan ibu bapanya.

Andres Canto, 20, mula menggali gua tersebut di belakang rumah ibu bapanya di Alicante, enam tahun lalu dengan menggunakan cangkul burung (pickaxe), menurut Zenger News.

Gua tersebut mempunyai ruang tamu dan bilik tidur, dan kini dilengkapi dengan sistem pemanasan, Wi-Fi, dan sistem muzik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dilaporkan, Canto yang ketika itu berusia 14 tahun bertengkar dengan orang tuanya dan mula menggali gua selepas tamat sekolah.

Dia turut meminta bantuan temannya untuk menggerudi tanah sedalam sepuluh kaki.

Penggalian dilakukan dengan manual dan sistem pully buatan sendiri dan Canto dilaporkan mengukuhkan atap dan dinding gua dengan konkrit dan tiang.

Jumlah kos projek hanya $60 (RM248). - NYpost.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain